olahraga
PENGENALAN OLAHRAGA
Olahraga trek
dan padang biasanya
dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan
yang melibatkan larian, balingan dan
lompatan.
Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud
"bertanding".
Pada
pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan olahraga
ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej
Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej
pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang
bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat
diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja
Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat
menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.
Olahraga mula
disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih
diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek
dan padang pada tahun 1928.
Sejak itu,
beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International
Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA
Track & Field.
ini membantu saya untuk mengenali sejarah olaraga lebih mendalam.
ReplyDeleteterima kasih saudara