Saturday, 25 May 2013




LEE CHONG WEI



     














Datuk Lee Chong Wei , lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan SeraiPerak ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 , maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.

    Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.[6] Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim(semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

    Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

     Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Dalam sukan Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua. Apapun, Lee masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.
   Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau menjuarai Terbuk Switzerland, Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia[, di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Makau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac. Lee mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking duniaPersekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006, lalu menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama, tetapi dikejutkan oleh Bao Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua line call berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.

      Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah kenderaan yang hilanga kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical Centre untuk dirawat dengan enam jahitan pada kecederaan kepalanya.

     Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam Terbuka Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan selepas itu sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia, iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek. Prestasinya di separuh kedua tahun itu cemerlang sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan Terbuka Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya. Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan.]Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia, sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu, beliau kalah mengejut kepadaSony Dwi Kuncoro dari Indonesia, sehingga beliau menyela ketua jurulatih Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap terlalu memberi tekanan dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.

  


No comments:

Post a Comment