pendidikan jasmani dan sukan
Saturday, 25 May 2013
Friday, 24 May 2013
SUKAN OLAHRAGA
sukan olahraga
SUKAN OLAHRAGA
sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga – terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olirnpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat sekurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara mi.Kebanyakan; atlit lebih suka inengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa- Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara.
Pengkhususan
Di peringkat sekolah, seseorang murid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlah tertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada kumpulan larian, lompa tan atau lontaran. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara individu, mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan seperti lan berganti-ganti. Qleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu perjurnpaan olahraga peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingat menerusi pelbagai acara.
Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi nasihat dan panduan tentang sesuatu acara yang harus disertai atau dikhususkan. Ini disebabkan di peringkat yang lebih tinggi, teknik sesuatu acara sukan rnenjadi lebih rumit. Tidak mungkin seorang atiit itu mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang disertainya. Jadi bagi mengelakkan daripada menemui kegagalan, sudah tentu peserta akan memilih acara yang sesuai baginya yang mampu menjanjikan sesuatu kejayaan. Malah di peringkat antarabangsa sekali pun, dengan hanya mengarnbil bahagian dalam satu acara tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat tertinggi, dan mampu dijadikan contoh kepada olahragawan lain di seluruh duma.
Dengan melakukan pengkhususan begini, mereka dapat menumpukan seluruh perhafian kepada seüap aspek lathan yang bakal mereka ikuti. Malah mereka akan mempunyai jurulatih khas mengikut jenis acara yang mereka ceburi. Dengan itu sudah tentu bentuk latihan yang Iebih khusus dan mendalam akan mereka ikuti, dan bentuk ini mungkin berbeza mengikut perbezaan acara, walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umum secara bersama.
Jenis-jenis Acara balapan
Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satu acara sukan sejak beraba-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olabraga dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olaharaga, berbanding hanva satu pingat dalam sukan hda sepak atau hoki. Secara logik, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberi kepada sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadikan ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah pasukan atau negara.
Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu larian, lompatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuj le]aki sahaja, dan ada pula acara yang boleh disertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta. Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan bukan olahraga secara keseluruhartnva. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja.
Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akan pertandingkan. Fäktor-faktor seperti bi]angan peserta, tingkat keupayaan mereka, kemudahan peralatan, keupayaan pihak penganjur, kewangan, keselamatan, keupayaan pegawai dan kaki tangan pengelola dan tempoh’ pertandingan akart menentukan bilangan dan jenis acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan.
Umpamanva di peringkat sekolah, bilangan acara sukan sudah tentu berkurangan daripada jumlah acara tintuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Kornanwel atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggap mempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum, tetapi rnasih belum ]engkap sepenuh. Biasanva dalam Kejohanan Balapan dan Padang Antarabangsa, semua acara olaharaga dipertandingkan, termasuk untuk wanita.
Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan diperingkat antarabangsa,dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :
Bil. |
|
|
|
1. | Lari Jarak dekat | 100 m200 m400 m | Lelaki / WanitaLelaki / WanitaLelaki / Wanita |
2. | Lari Jarak Sederhana | 800 m1500 m | Lelaki / WanitaLelaki / Wanita |
3. | Lari Jarak Jauh | 3000 m5000 m10,000 m | WanitaLelaki / WanitaLelaki |
4. | Lari berhalangan | 3000 m | Lelaki |
5. | Lari berpagar | 100 m110 m400 m | WanitaLelakiLelaki / Wanita |
6. | Lari berganti-ganti | 4 x 100 m4 x 400 m | Lelaki / WanitaLelaki / Wanita |
7. | Marathon | Lelaki / Wanita | |
8. | Heptatlon | 7 acara | Wanita |
9. | Dekathlon | 10 acara | Lelaki |
10. | Berjalan kaki | 5000 m10,000 m20,000 m50,000 m | WanitaLelaki / WanitaLelaki |
ACARA-ACARA KHAS
Selain acara-acara yang dinyatakan,terdapat beberapa acara lain lagi yang juga turut dipertandingkan sebagai acara olahraga.Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan tersendiri) agak sukar untuk dikategorikan sebagai acara rbalapan,atauacarapadang. Umpamanya, acara dekathon dan heptathon yang merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan acara tersebut, mungkin juga bcileh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan acara maraton dan lumba jalan kaki.
Satu lagi acara yang sering diadakan di peringkat sekolah dan mendapatanibutan yang menggalakkan ialah tank tali tetapi di kebanyakan perjumpaan olahraga dunia cara mi tidak diadakan. Di negara kita pertandingan tank tab lebih merupakan salah satu acara dalam Sukaneka, yang dianggap sebagai sukan sambil bergembira dan bukan pertandingan. Bagairnanapun, sejak beberapa tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tank tab secara khusus, dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Marathon
-Acara maraton juga merupakan acara olahraga yang disertai o]eh lelaki dan perempuan. Marathon sering diadakan dalarn perjumpaan olahraga utama –dunia, walaupun di negara kita, khususnya di peningkat sekolah tidak diadakan. Marathon adalah acara lan jarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Mengikut sejarah. acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan. Acara marathon diadakan di luar kawasan balapan, menggunakan jalar raya biasa. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Disebabkan jarak yang amat jauh. kebanyakan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada senarai acara marathon untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan. Ada kalanya juga diadakan pada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon mini.
Lumba Jalan Kaki
Dilihat pada nama acara Lumba Jala Kaki adalah sejenis acara berjalan laju yang mungkin juga meupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari. Di perigkat sekolah acara irii tidak diadakan kecuali dalam perjumpaan sukan olahraga dewasa sahaja. Terdapat beberapa jarak yang dipertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun perempuan. Biasanya lumba jalan kaki diadakan berasingan, bersempena sesuatu peristiwa atau hari-hari perayaan. Perkara penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta kekerapan membuat langkahan. Kelenturan pergerakan badan dan gabungan ayunan tangan dapat menin~katkan kelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlani dalam acara mm. Disebabkan kelajuan langkahan yang ditunjukkan oleh para peserta, penonton seolah-olah beranggapan mereka benlari anak, tetapi sebenarnya tidak.
DekathIon
Dekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi larian, lompatan dan lontaran. Semua acara ini dijalankan disepanjang dua hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut.
Hari pertama | Hari kedua |
|
|
Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagai atlit paling lengkap. Perserta yang mengambil bahagian harus menggabungkan kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga marnpu mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang dua hari acara itu dijalankan. Untuk memenangi acara ini secara keseluruhan, peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara. Setiap pencapaian dalam sesuatu acara akan diberkan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh persekutuan Olahraga Amatur Antarabangs(IAAF). Peserta menunjukkan prestasi yang tlnggi sudah tentu memperoleh mata yang tinggi. Mata yang dipungut oleh para pesertata dalam ke semua sepuluh acara itu diumlahkan dan eserta yang memungut mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
Acara dekathon mi dipercavai ala pada akhir abad ke-19. Ketika itu terdapat 10 acara yang digabungkan, tempoh pertandingan hanva dalam sehari sahaja. Dekathon pertama kali disenaraikan sebagai acara Sukari Olimpik pada tahun 1012 ketika sukan itu diadakan di Stockholm. Ketika itu semua acara ini dijalankan dalam masa tiga hari. Bagaimanapun, kini acara tersebut diadákan dalam tempoh dua han sahaja bagi mengelakkan peserta daripada kemungkinan menjadi bosan dan membebankan. Kini dekatlon merupakan acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga utama dunia.
Heptathlon
Heptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Untuk menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. Acara heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua han. Acara-acara yang terdapat dalam acara heptathlon mi mengikut susunannya adalah seperti berikut:
Hari pertama
|
Hari kedua
|
100 m berpagar
Lompat tinggi
Lontar peluru
200 m
|
Lompat jauh
Rejam lembing
800 m
|
Seperti dekathlon, pemenang daIam acara heptathlon ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata vang dipungut dalam semua acara yang dipertandingkan. Peserta yang berjava memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya pemenang keseluruhan diberikan hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pemenang acara ini dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian wanita.
BALAPAN UNTUK OLAHRAGA
Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Persediaan awal yang merangkumi perala tan dan kemudahan untuk setiap acara hendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan yang bakal diadakan dalam perjumpaaan itu. Biasanya balapan diadakan di padang besar seperti stadium bola.
Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingi padang bola. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau perjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang mengandungi Iapan lorong disediakan. Balapan diperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tartan. Setiap lorong balapan sejauh 400 meter . Di sekolah atau daerah, kebanyakan balapan dibuat apabila perjumpaan olahraga diadakan. Begitu juga dengan kemudahan untuk acara-acara padang. Bahagian atau kawasan tertentu di dalam padang dikhaskan bagi semua acara padang. Setiap pihak penganjur akan berusaha mengadakan kemudahan ini sebaik mungkin mengikut kesesuaian atau peringkat perjumpaan itu.
Latihan litar merupakan satu daripada sistem latihan yang paling “versatile” bagi kesesuaian fizikal. Latihan ini diperkenalkan pada tahun 1953 oleh Morgan dan Adamson di Universiti of Leeds, England.
Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang ditentukan. Satu litar yang telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti yang dirancang. Latihan ini adalah sejenis latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar.
Morgan dan Adamson(1961), telah mengenalpasti bahawa pelaksanaan latihan litar ini adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot, dan kardiovaskular, kelembutan, ketangkasan, koordinasi dan kederasan.
Objektif :
a. Untuk meningkatkan daya tahan otot.
b. Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular
c. Untuk meningkatkan dan melatih keupayaan aerobik dan anaerobik
d. Untuk meningkatkan kederasan mobiliti dan kuasa.
Sistem Tenaga :
1. ATP – PC(lebihan dominan)
2. Asid Laktik – Oksigen
Prinsip-prinsip latihan Litar :
Prinsip-prinsip latihan litar adalah berdasarkan peningkatan beban kerja(overload principle). Ini dapat dilakukan melalui :
a. Kawalan untensiti latihan
b. Meningkatkan secara beransur-ansur jumlah ulangan
c. Menambahkan bilangan set
d. Meningkatkan jangka masa aktiviti.
Kekerapan latihan :
1. 2 kali seminggu untuk 4 minggu awal
2. 1 kali seminggu untuk 4 minggu akhir
Kaedah / Pengelolaan latihan :
a. Setiap aktiviti hendaklah didemonstrasikan terlebih dahulu
b. Perlaku perlu memanaskan badan terlebih dahulu
c. Setiap individu mesti melakukan aktiviti semua stesen yang ditetapkan
d. Setiap aktiviti dilakukan selama 30 saat
e. Masa rehat diberikan selama 30 saat di mana pelaku dikehendaki bertukar stesen yang berikut
f. Pelaku dikehendaki melakukan 2 set di mana tedapat masa rehat selama 3 minit atau kadar denyutan jantung kurang daripada 120 denyutan seminit.
Rasional Pemilihan latihan ini
a. Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular
b. Konsep keindividuan dalam latihan ini membolehkan atlit maju mengikut tahap kemampuan maksimum individu
c. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari masa ke semasa dengan merujuk kepada beberapa pembolehubah :
· Masa pencapaian
· Denyutan nadi sejurus selepas setiap litar
· Masa pemulihan selepas setiap litar
· Intensity/beban karja yang dilakukan
Akttiviti-aktiviti latihan litar yang disyorkan
1. tekan tubi
2. lari ulang alik sejauh 10 meter
3. bangun tubi
4. lompat bintang
5. kilas pinggang
6. skipping
Latihan Fartlek adalah berasal dari negara Sweden. Latihan ini dirancang bertujuan untuk membina daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki. Latihan ini juga bermaksud sebagai ‘speed play’ di mana ianya melibatkan larian yang laju diselangi dengan larian perlahan di atas permukaan tanah semulajadi. Di dalam menjalankan larian, individu akan menentukan kelajuan mengikut keadaan dan kemampuan diri sendiri.
Objektif :
a. Membina keupayaan aerobik dan anaerobik
b. Meningkatkan kepantasan
c. Meningkatkan daya taha kepantasan
Sistem Tenaga :
1. ATP – PC
2. Asid Laktik
3. Sistem Aerobik
Kekerapan latihan :
Seminggu 2 kali sepanjang sesi latihan kitaran mikro
Rasional pemilihan latihan ini
a. Meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan atlit
b. Dapat membina sistem aerobik dan anaerobik
c. Mengurangkan rasa jemu dengan menggunakan lokasi latihan yang berbeza dan berdasarkan kemampuan individu
d. Melambatkan proses kelesuan
e. Dapat menyesuaikan diri dalam bentuk-bentuk kemahiran yang lain,apabila latihan ini dijalankan
f. Mendedahkan elemen kepantasan dalam latihan memandangkan acara yang ditumpukan ialah 110 meter lari berpagar.
Aktiviti-aktiviti fartlek yang disyorkan
a. Berlari perlahan-lahan
b. Lari bergradien (naik bukit dan turun bukit)
c. Striding
d. Lari pecut
e. Berjalan
f. Bounding
KURIKULUM
Definisi
kurikulum serta matlamat dan objektif kurikulum berdasarkan penulisan Ishak
Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan
luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau
turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program
yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum sebagai program yang
dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas. kurikulum adalah
pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun
berkumpulan.
Kurikulum
berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak
disampaikan mengikut peringkat yang tertentu. Kurikulum di sekolah perlu
sentiasa relevan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum
sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa
mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya
murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan
semasa.
Kurikulum
dan hubungkaitnya dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.
A
Curriculum is a written document which may contain many ingredients, but
basically it is a plan for the education of pupils during their enrolment in
given school -
George A.Beauchamp (1986)
George A.Beauchamp (1986)
Berdasarkan kepada George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai dokumen bertulis di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia adalah satu rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di sekolah.
Kurikulum yang di gubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu melahirkan insan yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek pembangunan insane merupakan keperluan Negara dalam proses pembentukan modal insan berkualiti.
Pendidikan
di Malaysia telah melalui fasa perubahan kurikulum seiring dengan zaman bagi
memastikan kurikulum yang sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan yang
seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Antara kurikulum
tersebut adalah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru Kurikulum Standad Sekolah
Rendah.
KURIKULUM
BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )
MATLAMAT
PENDIDIKAN PERSEKOLAHAN
Matlamat
Pendidikan Persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi malahirkan insane yang seimbang harmonis dan
berakhlak mulia.
Matlamat
KBSR
Matlamat
pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis
dan berakhlak mulia.
Matlamat
KBSR
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
KURIKULUM
BERSEPADU PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH
MATLAMAT:
Pendidikan
Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti
fizikal dan amalan kecergasan.
OBJEKTIF:
Murid
boleh :
- Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor;
- menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri,
- melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian,
- mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal;
- membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
- membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani di
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah disusun mengikut tiga tunjang utama
iaitu :
- Kecergasan
-Konsep
tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara
berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
- Kemahiran
Konsep
tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek
pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam
permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan
rekreasi.
- Kesukanan
Konsep
tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi
mengukuhkan
amalan
pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan,
pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan
sukan.
ORGANISASI
KANDUNGAN KURIKULUM
Kandungan
mata pelajaran ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan keperluan
murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran
melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran
dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan
amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani
adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi,
memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan
kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat. Pengalaman Pendidikan
Jasmani merangkumi tiga aspek penting, iaitu :
- Penglibatan murid secara aktif dan selamat.
- Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan.
- Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.
Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Bermula
tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali
sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan
secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini
selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang
lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih
kini.
Transformasi Kurikulum
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan
sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah.
KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH
RENDAH
- Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
- Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup
KURIKULUM
STANDARD PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH
Kurikulum
Standard Pendidikan Jasmani dibentuk berdasarkan standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan ialah
pernyataan yang jelas tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan
nilai. Standard pembelajaran pula merupakan penetapan kriteria atau pengukur
pencapaian setiap standard kandungan.
Kurikulum Standard
Pendidikan Jasmani sendiri masih lagi mengandungi prinsip-prinsip yang terdapat
di dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan turut
menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk Murid
Sekolah oleh International Council for Health, Physical Education,
Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Kandungan kurikulum
baru ini masih mengekalkan tiga domain utama pendidikan iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif yang sangat penting dalam mendidik dan memimpin generasi
akan datang.
Penggubalan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan utama untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum ini turut mampu menyediakan
murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.
Bukan
hanya murid yang perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki
dalam KSSR Pendidikan Jasmani, malahan guru yang mengajar Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran asas seperti yang terkandung di dalam kemahiran pergerakan dan
kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan
pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi
senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan
pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani seharusnya
dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dan kondusif dengan menekankan
aspek keselamatan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas
dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui
aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.
OBJEKTIF
Mengikut dokumen Sukatan KSSR
Pendidikan Jasmani Tahun 1,murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani berkebolehan untuk;-
- Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan.
- Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor.
- Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan.
- Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan.
- Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
- Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
- Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat.
- Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
- Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
FOKUS
MATAPELAJARAN
Terdapat tiga fokus Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bagi murid Tahun Satu iaitu membina
kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan
berdasarkan kesihatan, dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri,
dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti
fizikal.
ORGANISASI
KANDUNGAN
Kurikulum KSSR Pendidikan
Jasmani diorganisasikan secara modular. Di dalam kurikulum modular, kandungan
dikumpulkan kepada bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai modul. Modul
merangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap
(self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai.
Kurikulum Pendidikan Jasmani
Tahun Satu dibina berasaskan lima aspek iaitu :
Aspek 1 : Kemahiran
Pergerakan.
Murid menguasai pelbagai corak
pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti
fizikal melalui konsep pergerakan, pergerkan asas yang melibatkan pergerakan
lokomoto, bukan lokomotor,manupulasi alatan dan pergerakan berirama. Yang
lainnya melibatkan sukan yang perlu diberi perhatian iaitu gimnastik asas dan
akuatik asas. Akhir sekali, aktiviti rekreasi dan
kesenggangan.
Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan
Dalam Pergerakan
Melalui Aspek 2, murid dapat
mengaplikasi pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam
pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti
fizikal.
Aspek 3: Kecergasan
Meningkatkan Kesihatan
Murid berkeupayaan
meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi
fizikal melalui konsep kecergasan dan komponen kecergasan berasaskan kesihatan
iaitu kapasiti aerobic,kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi
badan.
Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan
Dalam Meningkatkan Kecergasan
Mengaplikasikan pengetahuan
mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan
dan prestasi fizikal.
Aspek 5: Kesukanan
Melalui Aspek 5, murid
berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan,
konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi dalam melakukan aktiviti
fizikal dengan berkesan yang melibatkan :
- keselamatan dan pengurusan,
- tanggungjawab kendiri,
- interaksi sosial, dan
- kumpulan dinamik.
KAEDAH
PENGAJARAN KBSR DAN KSSR
KURIKULUM
BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
Kaedah
yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani ialah kaedah langsung. Kaedah ini mementingkan guru.
Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa,
bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula berdasarkan kehendak objektif.
Kaedah ini berdasarkan arahan dan tugasan yang diberikan oleh guru. Kaedah ini
berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan
bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula
peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui
bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang
betul.
Contohnya,
dalam satu kelas pengajaran dan pembelajaran (p&p) pendidikan jasmani
dilakukan. Guru mengajar tunjang kemahiran iaitu kemahiran lokomotor yang
bertajuk pergerakan asas. Guru akan mengajar murid-murid untuk melakukan satu
rangkaian aktiviti lokomotor yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 hingga 4
aktiviti pergerakan secara individu sehingga mahir secara individu dan
berkumpulan. Untuk itu, murid-murid akan membuat latihan untuk menguasai
kemahiran tersebut sehingga mereka mahir. Setelah mereka menguasai kemahiran
tersebut, guru akan meminta murid-murid untuk mereka serta menunjuk cara
rangkaian pergerakan dalam aktivit pergerakan lokomotor.Guru juga akan
menerangkan secara lisan sebab tangan perlu dihayunkan dan sebagainya. Selain
itu, murid juga akan diminta untuk melakar dan melabelkan anggota badan yang
terlibat semasa melakukan aktivit pergerakan
lokomotor.
Kelebihan
kaedah
ini adalah kaedah ini sangat berkesan,
berfokus kepada yang ingin dipelajari,
tidak
banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi, dan persekitaran
pembelajaran yang berstruktur.
Namun
begitu, kelemahan kaedah ini adalah ia tidak ambil kira perbezaan individu
(kesesuaian perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan
kemajuan yang sama (kesesuaian umur kumpulan).
Kaedah ini juga lebih
mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses
pembelajaran itu.
KURIKULUM
STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Kaedah yang
boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani ialah kaedah tidak langsung. Kaedah ini berpusatkan
pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada
mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui
percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasarkan Teori
Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang
berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting
dangan hasil pembelajaran berkenaan.
Dalam
KSSR, kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat, lokotor berirama
dan sebagainya diajar secara berasingan dalam setiap unit tajuk. Murid-murid
akan mempelajari setiap pergerakan dengan lebih jelas dan terperinci dan
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalamannya dalam melakukan setiap aktiviti
yang dijalankan oleh gurunya. Contohnya dalam satu p&p kemahiran berlari
yang berfokuskan kepada kebolehan murid-murid untuk melakukan kemahiran berlari
dengan betul. Guru akan memberikan suatu aktiviti kepada mereka,contohnya
berlari bebas, berlari dengan pelbagai cara dan berlari pelbagai arah.
Murid-murid akan cuba meneroka setiap aktiviti yang mereka lakukan dengan idea
dan kreativiti mereka sendiri. Ini dapat mengalakkan murid-murid berfikir
secara kritis jalan menyelesaikan masalah dalam suasana yang menyeronokkan
semasa melakukan kemahiran yang baru mereka pelajari. Secara tidak langsung,
murid-murid akan dapat mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan,
belakang, atas dan bawah. Pada akhir sesi p&p, guru akan membuat semakan
terhadap penguasaan kemahiran murid-murid secara terperinci untuk kegunaan
semakan pada masa hadapan.
Kelebihan kaedah tidak langsung ini
ialah membolehkan
pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya, memberi kebebasan kepada
pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab, mengambil kira
perbezaan di kalangan pelajar dan memberi peluang kepada pelajar merasai
kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.
Kelemahan
kaedah ini pula ialah memakan
masa yang panjang kerana lebih masa untuk cuba-jaya dan bersoal-jawab dan
memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan
gaya ini sentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara
berkesan.selain
itu, sukar
untuk mengawal kelas dan
sukar
untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran.
PENGENALAN
TEORI EKOLOGI
Teori
ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori
perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke
atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan
bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam
persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara
kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi
proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam
teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan
individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh
dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Dalam
teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum
dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain.
Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak.
SISTEM
PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem, iaitu :
a) Mikrosistem
Mikrosistem
melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi
secara dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya interaksi kanak-kanak di
dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan,
jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan
kanak-kanak.
Keluarga
terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan
seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan
kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah
laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan
bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai
kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori,
2005).
Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
Dalam
kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar
bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger
(1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa
untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di
sekolah.
b) Mesosistem
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.
c)
Eksosistem
Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah –pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
d)
Makrosistem
Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.
e) Kronosistem
Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya.
TEORI
EKOLOGI DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
(KBSR)
Teori
Ekologi didefinisikan dengan manusia merupakan satu paradigma untuk menjelaskan
pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran. Dari
segi huraiannya, mereka juga melibatkan pendekatan sistem dinamik di mana
individu berkenaan, melalui pergerakan, berinteraksi dengan
persekitaran.
Setiap
interaksi individu terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil daripada
gabungan pendekatan sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya
berpusatkan pelajar. Individu tersebut mencari persekitarannya secara proaktif
lalu membentuk konsep – konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor.
Selain itu ia juga membantu dalam mengenalpasti apa yang menghalang pembelajaran
kemahiran motor.
Dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dalam pendidikan jasmani,
murid
perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan,kemahiran dan nilai berkaitan
matapelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan
aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu
diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk
perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina
dan selamat. pendekatan yang digunakan adalah menjadikan guru sebagai “Role
Model” atau sebagai contoh kepada setiap murid. Dalam setiap perlakuan guru,
murid – murid akan mengikuti segala perlakuan yang diajar oleh guru.
Selain itu, murid dapat menguasai kemahiran berfikir secara kritis,
kreatif dan inovatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada murid mengambil
bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal. Kemahiran
berfikir yang terdapat dalam mata pelajaran ini termasuk membuat kategori,
menerangkan sebab, mengusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metafora
dan mencipta definisi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan
yang bijak dan menyelesaikan masalah.
Berdasarkan teori ekologi yang dipelajari, persekitaran yang dimaksudkan
ialah dengan apa dan siapa murid belajar dan bagaimana hasil itu dapat dicapai.
Contohnya ialah guru. Guru merupakan salah satu persekitaran dalam pembelajaran
ini. Sebagai contoh, dalam mengajar teknik larian pecut, guru akan menunjukkan
demontrasi kepada murid – murid bagaimana teknik larian ini diaplikasikan dengan
pergerakan kaki dan juga tangan. Kemudian murid – murid akan mencontohi apa yang
telah diajar oleh guru tersebut dan cuba mengaplikasikan dan mengadaptasikannya
dalam situasi yang sebenar. Pengajaran ini memerlukan kebolehan murid dalam
berfikir dan kecekapan murid dalam mengingati setiap pembelajaran yang diajar
oleh guru.
Dalam
kurikulum ini guru adalah sebagai pelopor atau pengajar utama yang akan mengajar
dan menjadi model untuk menunjukkan cara yang betul.Ini juga berkait rapat
dengan pengukuhan tindak balas yang diberikan oleh guru terhadap murid dalam
melakukan sesuatu pergerakan. Tindakan yang dikukuhkan menjadi kuat. Contohnya,
semasa melakukan aktiviti kemahiran lokomotor iaitu berlari. Guru akan memberi
komen terhadap cara larian yang betul, murid yang akan cuba membaiki cara
pergerakan dan lariannya sesuai dengan kehendak gurunya agar objektif
pembelajaran tercapai. Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran motor
kerana setiap kemahiran yang akan dipelajari oleh murid bergantung kepada
bagaimana guru tersebut melaksanakan sesuatu aktiviti agar berjaya mencapai
matlamat kemahiran yang dikehendaki dengan berkesan. Murid pula akan
interpertasi arahan guru dan berinteraksi dengan mendengar arahan guru dengan
betul agar apa yang dipelajari dapat diterima dan difahami dengan
jelas.
Antara lain ialah buku teks. Buku teks juga merupakan salah satu
persekitaran lain bagi menggantikan guru. Tanpa pengajaran dari guru, sedikit
susah bagi murid untuk meniru gaya dan teknik yang diajar oleh guru. Secara
praktikalnya, murid dikehendaki mengolah atau mempraktikknya sendiri dan
hasilnya akan dilihat oleh guru samada hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh
murid betul atau tidak. Seterusnya setiap contoh yang dilakukan diterangkan oleh
guru supaya murid dapat memahami sebab dan akibat daripada setiap pengajaran
yang dilakukan. Dengan itu, murid dapat membezakan dan cuba menggunakan apa yang
terbaik dalam pengajaran tersebut agar mendapat hasil yang diinginkan.
Interaksi
individu dengan kawan berlaku semasa melakukan aktiviti secara berkumpulan.
Pelajar akan bekerjasama, berbicang dan saling bertukar pendapat mengenai
kefahaman mereka dalam melakukan sesuatu pergerakan yang dikehendaki mengikut
arahan aktiviti yang diberikan oleh guru. Ini secara tidak langsung, dapat
meningkatkan pembelajaran kemahiran motor individu dengan lebih cekap dan
berkualiti hasil daripada perbincangan sesama mereka. Contohnya, pelajar yang
lemah dalam melakukan kemahiran melompat misalnya akan meminta pendapat dan
tunjuk ajar daripada pelajar yang mahir sebagai model untuk meningkatkan
kefahaman dan menunjukkan perlakuan pergerakan yang betul. Melalui interaksi
sebegini, kedua-dua pelajar dapat manfaat secara tidak langsung. Pelajar yang
lemah akan berjaya membaiki dan meningkatkan kemahirannya melakukan kemahiran
melompat, manakala pelajar yang mahir akan dapat meningkatkan keyakinan dan
prestasinya dalam melakukan kemahiran melompat.
Cara
interaksi individu terhadap aktiviti juga dapat menerangkan persepsi individu
terhadap situasi persekitaran. Pembelajaran motor adalah hasil daripada usaha
individu untuk menganalisis situasi, melihat serta memahami pertalian dan
menyelesaikan masalah. Aktiviti yang dilakukan hendaklah menyeronokkan dan dapat
merangsang pemikiran mereka di samping dapat menarik perhatian mereka.
Contohnya, dalam satu kelas pendidikan jasmani. guru yang mengajar kemahiran
lokomotor iaitu kemahiran berjalan misalnya akan melakukan satu aktiviti
berjalan secara individu atau berkumpulan dengan meminta mereka berjalan meniru
gaya binatang, seperti arnab dan ulat. Interaksi dengan aktiviti ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan pembelajaran motor murid dan pengetahuan
serta kepekaaan mereka terhadap alam sekeliling mereka dengan mengalakkan mereka
menguasai sesuatu pergerakan hasil daripada aktiviti yang telah mereka
lakukan.
TEORI
EKOLOGI DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
Manusia
merupakan satu paradigm untuk menjelaskan pergerakan manusia di mana individu
itu berinteraksi dengan persekitaran.
Penyokong-penyokong
teori ini adalah Turvey dan Carello (Kluka, 1999). Teori ini turut digabungkan
dengan hasil dapatan Gibson dan Bernstein (Kluka, 1999). Mereka turut melibatkan
pendekatan system dinamik di mana satu proses di mana individu berkenaan,
melalui pergerakan, berinteraksi dengan persekitaran.
Mengikut
Teori Ekologi tersebut. Pergerakan yang dihasilkan oleh para pelajar adalah
hasil interaksi pelajar kepada pelbagai aspek. Maka, terhasil satu pergerakan
ataupun maklumat yang diingini. KSSR pula digubal khusus untuk memenuhi
keperluan kaedah penerokaan dan penemuan oleh para pelajar.
Daripada
KSSR, aktiviti yang direka dan dicadangkan untuk dilakukan kepada pelajar adalah
khusus untuk menjana minda dan pemikiran pelajar secara menyeluruh. Contoh
aktiviti yang direka untuk tajuk Kesedaran Ruang di dalam Pendidikan Jasmani
KSSR Tahun 1 ialah pelajar harus menggunakan imaginasi untuk membentuk diri
menjadi sesuatu.
Contoh
salah satu arahan iaitu meluruskan badan seperti gajah. Setelah guru member
arahan tersebut, para pelajar harus terokai apa sebenarnya yang dimaksudkan
dengan lurus seperti gajah. Bentuk badan yang dihasilkan adalah penemuan hasil
daripada penerokaan yang dibuat oleh para pelajar. Disebabkan itulah kaedah yang
digunakan untuk proses pembelajaran sangat penting bagi menjana pemikiran
pelajar. Seiring dengan kemajuan teknologi yang terhasil pada masa kini, minda
dan pemikiran pelajar telah terisi dengan maklumat yang dipengaruhi oleh
persekitaran. Di sekolah, aktiviti yang di jalankan bukan hanya bertujuan untuk
memperkenalkan sesuatu konsep tetapi juga mengayakan pemikiran
mereka.
Persekitaran
merangkumi segala yang terdapat di dalam kawasan semasa proses pembelajaran
berlaku.Guru juga turut menjadi persekitaran murid di dalam menempuhi proses
pembelajaran. Di dalam KSSR, guru hanyalah seorang pembimbing di dalam sesuatu
proses pembelajaran. Sebarang kemusykilan, pelajar boleh bertanya kepada guru.
Namun, seorang pelajar hanya menggunakan minda dan pemikiran mereka. Guru yang
merupakan satu bahagian daripada persekitaran pelajar semasa mengharungi proses
pembelajaran. Jadi, interaksi pelajar dengan guru sama seperti murid telah
berinteraksi dengan persekitaran. Jadi, ia menepati prinsip ekologi di mana
proses pembelajaran berlaku kerana hadirnya proses interaksi pelajar dengan
persekitaran.
Aspek
persekitaran yang merangkumi individu itu sendiri. Para pelajar itu sendiri yang
merupakan orang yang menjadi salah satu daripada persekitaran tersebut. Individu
harus cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya untuk melahirkan suatu
proses pembelajaran yang diingini oleh setiap individu. Individu itulah yang
akan menggunakan minda dan pemikiran mereka untuk menjalankan proses
pembelajaran melalui kaedah penerokaan dan penemuan.
Kesedaran
kendiri turut memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses menyesuaikan
diri dengan persekitaran. Boleh dikatakan bahawa proses pembelajaran yang
berlaku adalah salah satu daripada proses individu berinteraksi dengan
persekitaran dengan cara menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran mereka.
Kesedaran kendiri juga sangat penting dalam di dalam satu proses penyesuaian
kepada persekitaran. Contohnya, seorang pelajar harus tahu peringkat kemampuan
diri sendiri. Malalui proses pembelajaran dan juga kaedah penerokaan dan
penemuan mereka mampu untuk memastikan tahap atau peringkat kemampuan diri
mereka. Contoh di yang dapat dilihat di dalam aktiviti Membentuk badan ialah
mereka tahu mereka tidak mampu untuk membentuk huruf-huruf seperti M secara
individu.
Menurut
teori ekologi persepsi dan pergerakkkan manusia merupakan satu paradigm untuk
menjelaskan pergerakkan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan
persekitaran. Teori-teori ini turut di sokong oleh Turvey dan carello (Kluka
1999). Di dalam perlaksanaan kurikulum standard sekolah rendah ini telah di beri
beberapa elemen yang memberi nafas baru kepada kurikulum pendidikan Malaysia
dimana beberapa elemen baru ditambah seperti penggunaan kemahiran
asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) selain itu elemen
kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi
(ICT) secara explicit juga diterapkan dengan lebih memberi fokus
kepada
4M iaitu Membaca, menulis, mengira dan satu elemen baru iaitu
menaakul.
Menurut teori ini lagi setiap
interaksi individu terbabit berkait dengan persekitarannya. Ia hasil daripada
gabungan pendekatan sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya
berpusatkan pelajar. Individu tersebut mencari persekitarannya secara proaktif
lalu membentuk konsep – konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor.
Selain
itu ia juga membantu dalam mengenalpasti apa yang menghalang pembelajaran
kemahiran motor. Contohnya di dalam sukatan kssr tahun 1 dibawah aspek
kemahiran pergerakkan, pergerakkan berirama mengkehendaki murid-murid untuk
melakukan pelbagai kemahiran pergerakkan mengikut irama. Oleh demikian alat yang
digunakan iaitu radio dan bahan audio visual lain merupakan persekitaran bagi
murid-murid tersebut. Menerusi aktiviti seperti meniru pergerakan pelbagai
watak mengikut irama dan muzik dapat membantu meningkatkan kemahiran pembelajarn
motor kanak-kanak tersebut, ini bertepatan dengan apa yang telah di kemukakan
oleh Turvey dan Carello (Kluka 1999) mereka melibatkan pendekatan system dinamik
dimana individu berkenaan melalui pergerakkan, interaksi dengan
persekitaran.
Disamping
itu juga, penggunaan kemahiran
asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan satu persekitaran yang
dapat member impak yang positif terhadap peningkatan pembelajaran motor.
Perlaksanaan penggunaan
kemahiran
asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dilakukan secara
berperingkat-peringkat. menerusi penggunaan ICT ini murid murid lebih mudah
untuk memahami asas-asas pergerakkan seperti melihat video-video pergerakkan
yang telah disediakan.tambahan pula, penggunaan audio visual yang menarik
seperti bunyi yang jelas serta gambar-gambar yang menarik dapat menarik minat
kanak-kanak. Selain itu, murid-murid juga akan termotivasi secara tidak
langsung. Seterusnya dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir kekelas
sekaligus dapat melenyapkan masalah kehadiran murid. Selain daripada penggunaan
ICT, faktor interaksi persekitaran yang lain seperti guru dan rakan-rakan
sekelasnya juga memainkan peranan dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran
motor kanak-kanak.
Jika
dilihat didalam KBSR guru lebih banyak untuk memberikan contoh kemudian
murid-murid melakukan latih tubi seperti yang dilakukan oleh guru, tetapi
sedikit kerlainan kaedahnya didalam KSSR dimana kemahiran menaakul diterapkan.
Kemahiran menaakul ialah satu kemahiran untuk menggalakkan murid-murid menajana
idea secara kreatif dan kritis. Strategi
ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan idea-idea yang asli dan unik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
contohnya,
guru meminta seorang murid untuk melakukan aktiviti menendang bola dengan cara
yang betul. Manakala murid murid yang lain memerhatikan pergerakkan rakan
mereka. Kemudian murid murid yang lain diminta untuk memberi ulasan terhadap
pergerakkan yang telah dilakukan oleh rakan kanak-kanak tersebut. Dari situ
murid-murid akan melakukan perbincangan untuk memberikan komen, ulasan dan
sebagainya.
KESIMPULAN
Selaras
dengan peredaran zaman dan seiring dengan kemudahan yang berkembang dengan
pesat, penggubalan kurikulum bertujuan untuk menambah-baik pengisian sistem
pendidikan Negara. Penggubalan dan penambahbaikan kurikulum dilakukan dari
semasa ke semasa untuk seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
pada zaman ini.
Walaupun
begitu, setiap yang dihasilkan oleh manusia biasa mempunyai kelemahan yang perlu
diperbaiki dari semasa ke semasa. Zaman akan terus berubah , kanak- kanak akan
terus perkembang dan perkembang seiring dengan peredaran dan perubahan zaman dan
semakin mencabar dari semasa ke semasa. Kurikulum yang dicipta haruslah dapat
diadaptasi dengan berkesan dan aplikasinya memberi kesan yang maksima untuk
perkembangan menyeluruh individu dan mampu melahirkan modal insan kelas
pertama.
Usaha
murni kerajaan untuk memperkayakan sistem pendidikan setiap masa sangat penting
dalam membantu generasi yang akan memerintah pada masa hadapan. Harapan pada
masa kini dan untuk masa hadapan agar usaha murni yang sedang dijalankan ini
tidak sia-sia dan mampu membangunkan generasi baru dan melahirkan modal insan
yang berkualiti.
Subscribe to:
Posts (Atom)