Friday 24 May 2013


Cemerlang Melalui

     PENDIDIKAN jasmani adalah subjek yang pastinya di tunggu-tunggu pelajar setiap minggu termasuk penulis ketika pada zaman persekolahan. Subjek pendidikan jasmani bukan sekadar untuk bersukan tetapi menghilangkan tekanan selepas seharian belajar.  Bagaimanapun, subjek pendidikan jasmani itu hanya di pandang remeh dan tiada perhatian khusus kerana ia    bukanlah salah satu subjek dalam kokurikulum.


Malah, sesetengah pelajar juga tidak mengendahkan aktiviti sukan atau pendidikan jasmani dan hanya menumpukan perhatian kepada pelajaran semata-mata.

Namun, Kementerian Pelajaran melihat kepentingan subjek itu dalam merealisasikan kecemerlangan pelajar di sekolah.

Dalam pendidikan menengah di Australia, setiap pelajar diwajibkan mengambil subjek sukan dan pendidikan jasmani yang diterapkan dalam kurikulum sekolah.

Usul itu kini sedang diteliti untuk diperkenalkan di semua sekolah di negara ini kerana ia didapati berjaya dilaksanakan di sekolah di Australia meskipun maksimum enam subjek dihadkan untuk pelajar menengahnya bagi memasuki uni versiti.

Perkongsian kos prasarana sukan dengan universiti berdekatan mungkin dilakukan. Pelajar yang berminat       mengambil pendidikan jasmani, boleh berbuat demikian sebagai satu mata pelajaran.

Jika diteliti, langkah untuk melaksanakan perkara itu amat bagus. Tetapi adakah ia sesuai dilaksanakan di negara ini?

Adakah kita cukup yakin konsep yang dilaksanakan di sekolah menengah di Australia itu akan mencapai kejayaan apabila diperkenalkan di negara ini kerana budaya dan latar belakang pendidikan berbeza?

Yang dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata cadangan Kementerian Pelajaran itu boleh mencapai kejayaan tetapi sistemnya perlu dipertingkatkan.

Beliau berkata, pendidikan jasmani adalah mata pelajaran yang wajib di sekolah sejak dulu lagi. Bagaimanapun, ia tidak diberi perhatian sepenuhnya.

“Justeru, jika sukan dan pendidikan jasmani ini wajib diterapkan dalam kokurikulum sekolah menengah, ia satu usaha yang baik.

“Selain itu, langkah itu pasti berhasil jika sistem yang diguna pakai dalam subjek pendidikan jasmani di sekolah ditambah baik,” katanya.

Azam berkata, Kementerian Pelajaran perlu melihat semua aspek terutama tenaga pengajar yang mahir.

“Jika dilihat senario di kebanyakan sekolah, guru yang mengendalikan pendidikan jasmani tidak mempunyai latar belakang dalam bidang itu.

“Bayangkan jika guru agama, Matematik atau Bahasa Melayu terpaksa mengambil alih tugas itu, tentu hasilnya mengecewakan,” katanya.

Beliau berharap apabila subjek itu diwajibkan kelak, jangan berlaku seperti sesetengah mata pelajaran wajib yang tidak mempunyai tenaga pengajar berkelayakan.

Katanya, mengenai cadangan kementerian mahu mengguna pakai sistem pendidikan jasmani yang dilaksanakan di se kolah menengah di Australia dan berkongsi kos prasarana sukan dengan universiti berdekatan, ia sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi.

“Tidak semua sekolah di negara ini mempunyai peralatan sukan yang lengkap. Jadi, dengan berkongsi prasarana itu dengan universiti, aktiviti sukan dan pendidikan jasmani ini boleh berjalan dengan baik.

“Perkongsian itu dapat menjimatkan perbelanjaan sekolah,” katanya.

Katanya, jika pelajar berminat mengambil pendidikan jasmani, dia boleh berbuat demikian sebagai satu subjek pe lajaran seperti yang dicadangkan.

Bagaimanapun, ia mungkin menghadapi sedikit masalah di sekolah di negara ini.

“Sistem pendidikan di Australia hanya mengehadkan enam subjek sahaja untuk memasuki universiti tetapi kita me merlukan maksimum 10 subjek.

“Namun, saya berharap kementerian akan melaksanakan program itu di negara ini jika kajian membuktikan ia membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar dan se kolah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPSM), Mohd Nordin Awang, berkata langkah itu wajar dilaksanakan kerana sukan penting bagi melahirkan pelajar cemerlang.

Katanya, walaupun kokurikulum itu penting, tapi kita tidak mahu kualiti pelajar kita hanya dikategorikan sebagai pandai tetapi tidak cerdik.

“Kebanyakan pelajar kita lebih menumpukan kepada ko kurikulum semata-mata dan tidak mengendahkan sukan atau pendidikan jasmani.

“Kokurikulum memang penting tetapi aktiviti sukan juga memberi manfaat terutama dari aspek kesihatan dan ke cemerlangan,” katanya.

Senario pendidikan di negara ini mendapati kebanyakan pelajar yang dikategorikan pandai, gagal dalam sukan atau tidak mengambil berat aspek itu.

“Keadaan ini perlu dielakkan kerana dengan mengikuti aktiviti sukan atau berpersatuan, banyak ilmu yang mereka boleh peroleh.

“Pendidikan jasmani atau sukan bukan hanya bermain bola sepak tetapi skopnya luas,” katanya.

Nordin berkata, mungkin pelajar tidak sedar dengan me ngikuti aktiviti sukan dan berpersatuan, mereka boleh belajar banyak kemahiran terutama dalam komunikasi.

“Selain itu, banyak aspek sains sukan yang boleh memberi manfaat kerana di peringkat antarabangsa, ia bidang yang menjadi tumpuan masyarakat.

“Kerjaya dalam sukan juga menjamin masa depan kerana banyak majikan berminat mengambil mereka yang mem punyai latar belakang dalam bidang itu,” katanya


sumber: rencana Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment